Selasa, 1 September 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52
Tarikh : 31 Ogos 2009
Tempat : Padang Majlis Daerah Pekan

Hari penuh bersejarah ini muncul kembali. Saban tahun ia pasti disambut meriah di seluruh pelusuk negara. Namun pada tahun ini sambutannya amat sederhana. Ini berpadanan saranan kerajaan agar mengurangkan aktiviti di luar sementara waktu memandangkan penyebaran penyakit H1N1 masih menghantui negara ini. Malah kebetulan pula, hari kemerdekaan tahun ini jatuh di dalam bulan puasa. Walaupun amat sederhana, penghayatan kemerdekaan ini di harapkan dinikmati oleh semua golongan. Moga laungan "1Malayasia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" ini dapat difahami dan dihayati serta dilaksanakan dengan penuh jaya.

Kali ini, KRT Permata mewakilkan beberapa peserta yang terdiri pelbagai bangsa sebagai menyahut dan menyokong hasrat PM kita, 1Malaysia!. Jelas, perpaduan yang dilaung-laungkan itu masih wujud dan utuh di kalangan rakyat Malaysia terutamanya penduduk Taman Permata ini. Syabas kepada mereka.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan di harapkan tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh memecahkan ummah. Mestilah penuh rasa tanggungjawap serta beretika sebagai manusia bertamadun.
Setiap ulasan diucapkan ribuan terima kasih.