Sabtu, 18 Julai 2009

Program Kesedaran Bencana Banjir Daerah Pekan 2009

Program Kesedaran Bencana Banjir Daerah Pekan 2009

Tarikh :

15 Julai 2009

Tempat :

Bangunan UMNO Pekan

Anjuran :

Majlis Keselamatan Negara Daerah Pekan



Pendahuluan

Program ini dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Daerah Pekan sebagai salah satu pendedahan kepada masyarakat Pekan di mana kejadian banjir adalah satu bencana yang tidak dapat dielakkan pabila menjelang musim tengkujuh.

Berdasarkan rekod sejarah, daerah Pekan tidak terkecuali dengan fenomena ini. Bagi memastikan bencana banjir dapat ditangani dengan lebih baik dan teratur, masyarakat Pekan perlu diberi pendedahan dan kesedaran berkaitan bencana banjir dan senarionya.


Objektif

  • Bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang awam tentang bencana banjir yang sering melanda daerah Pekan.
  • Bertujuan untuk memberi makluman berkaitan dengan peranan jabatan-jabatan berkaitan yang terlibat dan bertanggungjawap semasa bencana banjir.


Aturcara Majlis
8.30 am - pendaftaran peserta
9.00 am - Taklimat 1
  • Pengenalan MKN 20
9.30 am - Minum pagi
10.00 am - Taklimat 2
  • Peranan PDRM semasa banjir oleh Ketua Polis Daerah Pekan
10.30am - Taklimat 3
  • Peranan Bomba dan Penyelamat semasa banjir oleh Pegawai Bomba Daerah Pekan
11.00am - Taklimat 4
  • Peranan JKM semasa banjir oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan
11.30am - Taklimat 5
  • Penjagaan Kesihatan semasa banjir oleh Pegawai Kesihatan Daerah Pekan
12.00pm - Sessi soal jawab
12.30pm - Majlis Perasmian Penutup
1.00 pm - Bersurai

Rabu, 1 Julai 2009

e-Rukun Tetangga







PROJEK PERINTIS BIL.8/2009


JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

BERSAMA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


27 Jun 2009
Taman Permata, Pekan, Pahang Darul Makmur

Pengenalan :-

Sistem Pengurusan Maklumat Rukun Tetangga atau dikenali sebagai e-Rukun Tetangga mula diilhamkan oleh Dato' Maximus Johnity Ongkili yang merupakan Menteri diJabatan Perdana Menteri pada awal 2007.
Matlamat utama sistem ini adalah untuk mewujudkan sistem maklumat terpusat yang komprehensif berpandukan ICT untuk KRT, SRS dan Tabika Perpaduan bagi mengingkatkan pengurusan, pemantauan dan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kpd semua pihak yang berkenaan.
Sistem ini dibangunkan dgn kerjasama UUM dan MoU ditandatangani pd 25 Mei 2007. Modul-modul utama yang dibangunkan adalah e-Penetapan RT, e-SRS, e-Keaktifan RT, e-Kewangan RT, Pengurusan Bangunan dan e-Tabika Perpaduan.

Objektif Pelaksanaan Bengkel

  • Memberi pengetahuan, kefahaman, kemahiran kpd peserta tentang Modul Keaktifan dan Kewangan RT
  • Memastikan RT menggunakan sistem sepenuhnya secara berterusan.
  • Pegawai Perpaduan menjadi rujukan Ahli RT dlm penggunaan sistem ini
Para peserta merupakan pemimpin dan ahli KRT di sekitar Pekan.









Hanya dua KRT yang terpilih bagi menerima sumbangan komputer dan salah satunya adalah KRT Taman Permata. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Pahang. Terima kasih daun keladi...