Rabu, 1 Julai 2009

e-Rukun Tetangga







PROJEK PERINTIS BIL.8/2009


JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

BERSAMA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


27 Jun 2009
Taman Permata, Pekan, Pahang Darul Makmur

Pengenalan :-

Sistem Pengurusan Maklumat Rukun Tetangga atau dikenali sebagai e-Rukun Tetangga mula diilhamkan oleh Dato' Maximus Johnity Ongkili yang merupakan Menteri diJabatan Perdana Menteri pada awal 2007.
Matlamat utama sistem ini adalah untuk mewujudkan sistem maklumat terpusat yang komprehensif berpandukan ICT untuk KRT, SRS dan Tabika Perpaduan bagi mengingkatkan pengurusan, pemantauan dan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kpd semua pihak yang berkenaan.
Sistem ini dibangunkan dgn kerjasama UUM dan MoU ditandatangani pd 25 Mei 2007. Modul-modul utama yang dibangunkan adalah e-Penetapan RT, e-SRS, e-Keaktifan RT, e-Kewangan RT, Pengurusan Bangunan dan e-Tabika Perpaduan.

Objektif Pelaksanaan Bengkel

  • Memberi pengetahuan, kefahaman, kemahiran kpd peserta tentang Modul Keaktifan dan Kewangan RT
  • Memastikan RT menggunakan sistem sepenuhnya secara berterusan.
  • Pegawai Perpaduan menjadi rujukan Ahli RT dlm penggunaan sistem ini
Para peserta merupakan pemimpin dan ahli KRT di sekitar Pekan.









Hanya dua KRT yang terpilih bagi menerima sumbangan komputer dan salah satunya adalah KRT Taman Permata. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Pahang. Terima kasih daun keladi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan di harapkan tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh memecahkan ummah. Mestilah penuh rasa tanggungjawap serta beretika sebagai manusia bertamadun.
Setiap ulasan diucapkan ribuan terima kasih.