Isnin, 19 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya Tmn Permata



Taman Permata : Buat julung kalinya jamuan hari raya berjaya diadakan bersama organisasi2 kepimpinan setempat. Terbuktilah, kerjasama masih boleh dijalinkan walaupun berbeza haluan serta pandapat. Alhamdulillah, semoga semangat begini akan terus menjadi satu etika dan budaya masyarakat terutamanya penduduk Taman Permata. Segala persediaan jamuan dilakukan secara bergotong royong. Kami membahagi-bahagikan tugas mengikut kawasan @ jalan. Malah ada penduduk yang terpaksa bersengkang mata membakar lemang hingga ke pukul 12.00 mlm. Begitu juga yang menganyam ketupat serta tugas2 lain. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Antara jemputan yang hadir di majlis tersebut adalah Dato'Ishak Mohammad selaku ADUN Bebar dan merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Melati selaku pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Negeri Pahang, En. Ibrahim Bin Awang Ismail selaku ADUN Peramu Jaya serta Pegawai JASA.






Cendol mendapat sambutan hangat dari para tetamu


Jajarkan ke Kiri



Bergambar kenangan bersama En.Ibrahim, ADUN Peramu Jaya



Rumah Terbuka di Taman Perdana






KRT Taman Perdana mengadakan Majlis Hari Raya pada 10 Oktober 2009. Krt Taman Permata berbesar hati menaja 1 gerai iaitu gerai BUBUR SUP. Gerai ini pula talah dinobatkan sebagai gerai terbaik. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada AJK KRT yang bertungkus lumus menjayakan program menaja makanan di rumah terbuka tersebut.

Khamis, 8 Oktober 2009

Program Bumi Hijau






Matlamat

Bagi membantu mengatasi masalah pengguna atas kenaikkan harga barang, melalui Kementerian Pertania dan Industri Asas Tani mengadakan program untuk menggalakkan rakyat menanam sayur, ulam-ulaman dan herba serta menternak ikan dan ayam untuk kegunaan sendiri.

Objektif Program
  • Menggalakkan rakyat, terutamanya penduduk di taman perumahan menanam sendiri sayur,ulam,herba serta menternak ikan dan ayam bagi keperluan sendiri dan menjualnya sekira berlebihan
  • Mewujudkan kesedaran dan minat terhadap pertanian
  • Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan makanan segar yg berhasiat
  • Mewujudkan persekitaran rumah yang menarik dengan tanaman edible landscape dan
  • mengurangkan kos perbelanjaan ke atas barang keperluan harian
Pelaksanaa Bumi Hijau

  • Secara individu di sekitar rumah
  • Secara komuniti di tanah-tanah kosong(dgn kebenaran pihak berkuasa), dikawasan perumahan,sekolah,masjid dan institusi2.
  • Berlandaskan konsep 'kichen garden.
Perkhidmatan Sokongan Bumi Hijau, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan menyediakan :
  • Khidmata nasihat teknik penanaman, penternakkan dan penjagaan
  • keperluan biji benih dan bahan tanaman. anak ikan dan anak ayam dengan harga yang berpatutan dan
  • input-input lain yang bersesuaian

Lokasi Program

Bangunan KRT Taman Permata Pekan