Isnin, 19 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya Tmn Permata



Taman Permata : Buat julung kalinya jamuan hari raya berjaya diadakan bersama organisasi2 kepimpinan setempat. Terbuktilah, kerjasama masih boleh dijalinkan walaupun berbeza haluan serta pandapat. Alhamdulillah, semoga semangat begini akan terus menjadi satu etika dan budaya masyarakat terutamanya penduduk Taman Permata. Segala persediaan jamuan dilakukan secara bergotong royong. Kami membahagi-bahagikan tugas mengikut kawasan @ jalan. Malah ada penduduk yang terpaksa bersengkang mata membakar lemang hingga ke pukul 12.00 mlm. Begitu juga yang menganyam ketupat serta tugas2 lain. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Antara jemputan yang hadir di majlis tersebut adalah Dato'Ishak Mohammad selaku ADUN Bebar dan merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Melati selaku pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Negeri Pahang, En. Ibrahim Bin Awang Ismail selaku ADUN Peramu Jaya serta Pegawai JASA.






Cendol mendapat sambutan hangat dari para tetamu


Jajarkan ke Kiri



Bergambar kenangan bersama En.Ibrahim, ADUN Peramu Jaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan di harapkan tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh memecahkan ummah. Mestilah penuh rasa tanggungjawap serta beretika sebagai manusia bertamadun.
Setiap ulasan diucapkan ribuan terima kasih.