Rabu, 19 Ogos 2009

Majlis Pelancaran Perhimpunan SEMARAK MERDEKA 1MALAYSIA Peringkat Negeri Pahang

Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 am -12.30 pm
Tempat : Dataran Majlis Daerah Pekan
Anjuran : Jabatan Penerangan Malaysia


OBJEKTIF :
  • Membentuk kumpulan sasar yg boleh mendokong cita2 negara bg mengekalkan kemerdekaan negara.
  • Meningkatkan semangat patriotik dan rasa cintakan tanah air dikalangan rakyar Malaysia berbilang bangsa dengan menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang.
  • Memupuk semangat bersatu padu dan menghayati semangar Rukunegara yg menjadi tonggak perpaduan sbg panduan dan amalan hidup rakyat Malaysia.
  • Menerapkan kefahaman dan penghayatan mengenai konsep 1Malaysia kpd org ramai.
Acara pd pagi itu dimulakan dgn pendaftaran serta penyerahan t-shirt serta bendera kpd peserta larian Semarak Merdeka. Selesai sahaja sessi pendaftaran, semua peserta diminta ke padang bg memulakan acara Senam Seni 1Malaysia. Walaupun YAB Menteri Besar Pahang tidak dapat menghadirkan diri, para peserta tetap melaksanakan acara senam pd pagi itu dengan penuh bersemangat. Senam Seni 1Malaysia merupakan 1 bentuk senam yang beroriantasikan muzik serta tarian gabungan semua bangsa di Malaysia.
Selepas tamat acara senam, seluruh peserta bersedia utk memulakan Larian Semarak Merdeka 1Malaysia. Walaupun jarak agak jauh, namun peserta tetap berjaya menamatkan larian. Di garisan penamat setiap peserta diberi kupon cabutan bertuah.

Acara diteruskan dengan persembahan PENTARAMA oleh Kumpulan Kebudayaan Dan Kesenian Pahang. Diikuti pula dgn nyanyi lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Lagu 1Malaysia. Ikrar Rukun Negara juga berkumandang bagi menaikkan semangat jati diri warga Malaysia. Bacaan doa pula menyusul bagi mendapatkan keberkatan dan hidayahNya.

Majlis diteruskan dgn ucapan alu-aluan oleh Pengarah Penerangan Negeri Pahang iaitu Puan Hasnah Binti Hassan. Wakil YAB Menteri Besar juga memberikan ucapan perasmian serta diikuti penyerahan Replika Logo 1Malaysia dan Jalur Gemilang.

Persembahan PENTARAMA serta artis jemputan iaitu J.Sham dan Ameng Srping memeriahkan lagi majlis seterusnya para tetamu di jamu dengan hidangan makan tengahari sebelum upacara tamat.


4 org penduduk Tmn Permata yg menyertai acara tersebut

Setiausaha KRT Tmn Permata bersemangat sebelum larian bermula
Sedang asyik melakukan Senam Seni 1Malysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap ulasan di harapkan tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh memecahkan ummah. Mestilah penuh rasa tanggungjawap serta beretika sebagai manusia bertamadun.
Setiap ulasan diucapkan ribuan terima kasih.